Andai parti politik seperti bidang perubatan…

- Advertisement -

ANDAI kita diberikan imaginasi membayangkan apakah watak-watak ahli politik sekarang dalam bidang perubatan, mungkin akan bermacam-macam bayangan yang akan kita berikan kepada mereka. Sesuai dengan perkembangan semasa, mereka akan digambarkan dengan situasi terkini dan dahulu memberikan imej terhadap perlakuan mereka semua.
 
Politik sangat berseni untuk kita hayati. Pelbagai keadaan yang tidak disangka, situasi yang membahang, senario yang mendebarkan. Ianya hanya dinikmati oleh orang yang sabar menanti episod seterusnya, tidak gopoh dan sentiasa bersedia dengan jangkaan sendiri. Saya hanya ingin berkongsi matriks yang terlintas difikiran saya dengan anda semua jika politik disamakan dengan bidang perubatan.
 
Jika layak diseertikan dengan Doula, saya memilih Bersatu. Doula seperti yang dimaklumkan ialah sebagai hamba kepada perempuan bagi melayani keperluan tuannya. Contoh seperti ketika melahirkan anak, Doula akan menjadi peneman kepada mereka. Doula kini menjadi sebutan, tetapi Doula juga mempunyai masalahnya yang tersendiri.
 
Doula sebenarnya tidak berperanan besar, tetapi jenisnya suka naik toncang, ibarat dia seorang doktor pakar. Mereka selalu menggunakan ayat-ayat agama, terkadang berlebih-lebih pula mengarah atau menegur kakitangan hospital sewaktu bersalin. Sedangkan mereka tidaklah ramai atau mempunyai sijil khusus sebagaimana yang dikehendaki. Mereka lebih banyak menyusahkan, dakwa doktor.
 
Itulah Bersatu di dalam PH. Tidak ramai, tetapi sentiasa bertindak seperti bos besar, menyusahkan pasukan mereka. Banyak jawatan Menteri disandang oleh mereka sedangkan kerusi yang mereka miliki sangat sedikit. Ada yang tiada sijil dan menipu. Keputusan banyak dibuat sendiri. Begitulah mereka.
 
PKR pula sebuah parti yang tidak serik dengan kesakitan yang mereka dapat daripada Tun M. Mereka mengejar jawatan terbesar dalam kerajaan, menyebabkan mereka senang dipermainkan oleh Tun M. Mudah diumpan dengan harta dan kedudukan. Bukan itu sahaja, mereka juga bercakaran sesama mereka kerana merebut harta itu. Dan mereka juga mengajak orang lain terlibat sama dalam masalah mereka.
 
Mereka tidak ubah seperti golongan anti-vaksin. Masih mahu menggunakan apa yang dikatakan konon sebagai bahan semulajadi, walaupun sudah berkali-kali terbukti yang bahan itu penyebab kesakitan dan risiko kepada wabak lain. Kerana mahukan keuntungan perniagaan ubat mereka, mereka kerap menggunakan ayat-ayat perangkap, melariskan perniagaan.
 
Masalah yang timbul sekarang, ialah jangkitan kepada penyakit semakin bertambah kerana keengganan mereka mengambil vaksin bagi mengawal penyakit. Mereka tidak mengaku semua masalah itu berpunca daripada mereka, akhirnya PAS juga yang disalahkan. Jalan keluar yang paling mudah.
 
PAN, saya fikir sangat sesuai dengan golongan berfikiran teori bumi rata. Mereka berkeras mempertahankan teori mereka itu betul. Mereka memberikan lojik-lojik bodoh yang kadang-kadang termakan oleh orang ramai iaitu seperti jika graviti itu boleh menarik air laut yang beratnya bertan-tan itu, bagaimana pula burung yang ringan tidak dapat ditarik. Jumlah mereka tidak ramai, tapi menyusahkan.
 
Walau setelah diberikan bukti saintifik, lojik dan sebagainya, mereka tetap dengan pendirian mereka, bumi ini rata. Sama dengan PAN kan? Sudah diberitahu bukti rasuah RM90 juta tiada didapati oleh SPRM, tetap mereka menjadi seperti orang gila menyebut-nyebut PAS ambil duit rasuah daripada Umno. Seruan untuk ke Putrajaya dahulu sebelum laksana Islam yang dipercayai rakyat dahulu, sekarang entah ke mana.
 
Teori mereka yang mengarut seperti mengundi bukan mahu menukar agama, tetapi membaiki sistem juga sudah menjadi terbalik kerana agama Islam di bawah mereka menjadi tunggang langgang. Kafir hina Islam, rakyat Islam diminta bersabar walau sudah beratus laporan, kita diminta bersikap sederhana kononnya. Tetapi jika bukan Islam terkena, cepat-cepat dia menjadi tembok mempertahankan bukan Islam. Penat.
 
Pernah dengar dukun atau bidan yang membela puaka? Ia kisah dulu-dulu. Dia tidak mahu orang lain mengganggunya. Dia menggunakan puakanya bagi membantu kerja-kerja berubat mungkin seperti menyambut bayi. Mereka ini sangat bahaya kerana bukan sahaja syirik kepada Allah, tetapi juga mungkin anak yang disambutnya atau pesakit yang dirawatnya turut terkesan dengan hantu-hantunya.
 
Dia suka menghisap darah, najis yang tumpah selepas selesai bersalin, bagi memberi makan sakanya itu. Dia sangat bengis dan orang sentiasa takut untuk bertentang mata dengannya. Dia sangat membenci agama. Apa sahaja yang berkait dengan agama akan dia marah. Jangan kata baca, dengar orang sebut al-Quran sahaja pun dia dah marah, naik hantu. Orang yang berlindung dengannya akan menjadi hambanya.
 
Itulah DAP. Sudahlah mengerjakan kesyirikan, tetapi masih ada yang mahu menjadikan dia sebagai dukun. Bencinya kepada Islam tiada terlindung lagi. Dia mahu hanya dia berkuasa. Dia sanggup bergelumang dengan kekejian, menjilat kehinaan untuk kuasa. Bila sudah mendapat kuasa, mereka segera menjadi rakus, membaham segala peluang yang ada bagi menguatkan lagi kuasa mereka.
 
Paling malang, pengikut DAP yang Islam itulah yang menjadi puaka-puaka itu. Mereka sangat setia melindungi tuannya, teguh berdiri mempertahankan tindakan DAP, menggunakan berbagai kaedah, termasuk agama bagi menghalalkan tindak tanduk DAP. Saka-saka ini akan mengganggu hidup mereka yang melawan DAP. Sungguh menakutkan dan hina puaka-puaka ini.
 
BN pula menjadi pesakit yang malang. Dia terkena penyakit misteri yang sangat kronik. Penyakit yang sangat jarang ditemui. Hampir tiada ubatnya. Prognosisnya, mati. Tetapi BN tidak tahu perawat mana yang paling baik dan bagus untuk penyakitnya itu. Maka setelah mencari-cari, bertemulah BN dengan PAS yang sangat-sangat boleh diharap untuk memulihkan kesakitan mereka itu.
 
Mereka sedang bergandingan merawat penyakit misteri itu. Mereka berusaha menyembuhkannya dengan berbagai kaedah. Antara kaedah yang digunakan ialah menghalau saka-saka penghisap darah. Banyak saka-saka itu telah keluar dari badan BN dan menuju ke tubuh si Doula. Tetapi ada halangannya. Hantu-hantu itu mula menyerang kedua-duanya. Mereka masih bertahan dan semakin kuat.
 
PAS diibaratkan sebagai seorang doktor pakar yang menjalankan rawatan moden dan mahir dengan kaedah Islam. Sambil PAS memberikan ubat moden dengan sukatan yang betul, PAS juga meruqyah pesakit bagi menghalang risiko gangguan dalaman oleh makhluk halus. Gabungan kedua-dua cara rawatan luar dan dalam ini telah berjaya menyembuhkan ramai orang.
 
PAS tidak berdendam kepada sama ada golongan Doula, Anti-Vaks, Pentaksub Teori Bumi Rata atau Bomoh Syirik. Apabila berlaku kecemasan yang memerlukan bantuan PAS, PAS akan segera datang dan membantu. Ia kelihatan bodoh kerana memberikan pertolongan kepada musuh PAS, tetapi PAS melakukan ini semua atas prinsip menyelamatkan nyawa manusia. Ia lebih utama.
 
Si Anti-Vaks pernah PAS bantu, si Pentaksub Teori Bumi rata itu, datang daripada PAS, si Dukun Syirik juga ada mendapat pertolongan PAS dan sekarang, si Doula sedang merengek-rengek minta PAS membantu mereka. PAS atas prinsip tidak membantu kerana wang dan pangkat, tetap akan membantu kerana itulah ajaran Islam yang PAS anuti dan perjuangkan. PAS memang bertanggungjawab sebagai seorang Muslim.

- Advertisement -

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
24 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 24/2/2019

- Advertisement -