Bila berjanji, tunaikan janji

- Advertisement -

MENJADI kesalahan yang amat besar jika parti politik sekadar membawa manifesto populis tanpa melihat kemampuan, realiti semasa dan kehendak rakyat.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kuliah dhuhanya pagi tadi menyebut apabila seseorang berjanji, maka tunaikanlah janji tersebut.

“Dan mereka tunaikan janji apabila mereka berjanji. Bila berjanji, tunaikan janji. Tunai janji fadhilahnya sangat besar kepada mereka yang berjanji. Dan sangat besar dosa mereka yang langgar janji.

Dalam hadis nabi ada menyebut, tanda-tanda orang munafik. Antaranya ialah apabila berjanji dia mungkiri. Menunaikan janji, termasuklah dengan orang kafir. Kita berjanji dengan orang kafir pun wajib kena tunai.

Sejarah Islam mengkisahkan bahawa Nabi SAW sangat menjaga perihal tunai janji. Orang kafir yang langgar janji. Orang Islam mesti tunaikan janji dia.

“المسلمون على شروطهم”

“Orang Islam itu, wajib jaga syarat perjanjian dengan orang.”

Janji-janji yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini adalah berjanji ketika berhutang. Apabila berjanji nak bayar, terpaksa berhutang. Sampai masa nak bayar, kita tidak mampu sungguh. Tapi, kita mesti pasang niat untuk membayar hutang tersebut.

Selain itu, hutang adalah tanggungjawab yang besar dalam Islam. Ada orang, niat dalam hati, nak berhutang tapi tidak mahu bayar hutang tersebut. Dalam hati nak berhutang, tapi sampai masa tidak mahu bayar. Mahu tipu si pemiutang. Kita kena sedar, wujud manusia yang jenis ini.

Tuan Guru juga menegaskan kepada sidang hadirin supaya, “Mesti bayar hutang orang yang dipinjam, jika tidak akan tanggung bebanan yang berat akhirat nanti. Apabila mahu berhutang tapi pasang niat dalam hati, tidak mahu bayar. Ini jahat namanya. Tuhan Maha Mengetahui apa isi hati kita”.

Oleh itu, bersabarlah dalam menghadapi kesempitan, kesusahan, kepayahan. Dimana kesabaran dalam menghadapi ujian ini sangat besar pahalanya. Pahala orang mengata kepada kita sahaja sudah banyak. Hanya tadah poket sahaja. Kita dapat pahala, orang yang mengata itu dapat dosa.

Tuan Guru menafsir surah Al-Baqarah, ayat 177:

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Turut kelihatan jemaah kuliah yang hadir secara tiba-tiba dalam Kuliah Dhuha Mingguan di Masjid Rusila, Masjid Tuan Guru Abdul Hadi pagi tadi ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – HARAKAHDAILY 22/2/2019

mas2

- Advertisement -