Bauksit: Misteri lama hantui penduduk

- Advertisement -

KUANTAN: Pelbagai pihak bimbang isu lama akan berulang kembali apabila kerajaan menarik balik moratorium bauksit akhir Mac hadapan.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, banyak persoalan yang belum terjawab masih menjadi misteri kepada penduduk tempatan.

Antaranya kata beliau Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang akan digunapakai apabila operasi bauksit dimulakan nanti.

“SOP itu masih belum diberi penjelasan kepada masyarakat setempat,” katanya di sini.

Baru-baru ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dilapor berkata, tempoh moratorium bagi menghalang kegiatan melombong dan mengeksport mineral bauksit di Pahang akan ditamatkan pada 31 Mac.

Menurutnya kegiatan melombong dan mengeksport bauksit boleh dijalankan semula bermula April, namun perlu mematuhi segala SOP yang ditetapkan kerajaan.

Andansura yang juga Adun Beserah berkata, pihak kementerian terbabit juga difahamkan tidak berbincang perkara tersebut dengan Ahli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh. – HARAKAHDAILY 21/2/2019

- Advertisement -