Hina Nabi sikap keji, biadab, gugat ketenteraman

- Advertisement -
DEWAN Muslimat PAS Perak sangat menyanjung tinggi Perlembagaan Malaysia yang meletakkan sifat beragama adalah luhur, aman dan damai seperti yang tercatat di dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan  bahawa Islam ialah Agama bagi persekutuan, tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
 
Sikap menghina Agama Islam seperti yang dimuat turun dari pemilik akaun facebook yang dikenali Foo Sing Wai dan Michelle Nathoniel adalah keji, biadab dan melanggar Perlembagaan Negeri dan mampu mengganggu gugat ketenteraman awam yang berbilang bangsa dan agama.
 
Terbaru pengguna Fb yang dikenali Sarkar Tanesan turut mengeluarkan kenyataan yang menghina di dalam ruang komen facebook dengan mengatakan Islam agama nafsu seks dan menyebut gelaran buruk kepada Nabi Muhammad.
 
Dewan Muslimat PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Agama, pihak berkuasa keselamatan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan keras terhadap individu-individu  tersebut.
 
Dewan Muslimat PAS menyeru semua pihak agar tidak bertindak di luar batasan yang boleh menggugat keharmonian kehidupan seluruh rakyat.Marilah kita sama-sama hidup dengan saling hormat-menghormati selaras dengan prinsip Rukun Negara.
 
HASNA’ ABDUL SAMAD
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 20/2/2019
- Advertisement -