Siapa yang mahu rampas kuasa?

- Advertisement -

AKHBAR The Star hari ini membawa tajuk utama muka depan “The numbers game is on”, dan disebut “A race to get more MPs on their side in Parliament is gaining momentum following whispers of a coup being mounted to unseat Tun Dr Mahathir Mohamad as Prime Minister.”

- Advertisement -

Maksudnya masing-masing parti sedang berebut bilangan kerusi. Perebutan untuk mendapatkan suara teramai di Parlimen sedang berlaku berikutan desas-desus “rampasan kuasa” untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

roslanIni bukan pembohongan PAS sebagaimana dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahupun fitnah dan palsu sebagaimana dakwa Lim Guan Eng. Ianya dilaporkan oleh The Star bukannya Harakah dan The Star bukan menceduk sumber dari PAS tetapi desas-desus di luar sana.

Mengapa Anwar dan Guan Eng marahkan PAS dan desak supaya PAS pula yang kemukakan bukti “rampasan kuasa” itu?

Isunya jika berlaku ketidakyakinan dan hilang kepercayaan terhadap Tun sebagai Perdana Menteri, sudah pastilah ia akan berpunca dan bermula dari kalangan Pakatan Harapan sendiri. Undi tidak percaya dari blok pembangkang tidak mampu jatuhkan Tun kecuali ia datang dari dalam kerajaan.

Apabila Tun umumkan partinya menerima beberapa Ahli Parlimen Umno sebagai ahli Bersatu, DAP dan PKR yang berang dan marah. Apabila Tun umumkan partinya mahu melebarkan sayap ke Sabah sekaligus mejadi wadah menerima ahli-ahli Parlimen Umno Sabah yang lompat meninggalkan Umno, DAP dan PKR juga yang naik angin.

Sepatutnya yang buat penafian adalah Anwar dan PKR serta Guan Eng dan DAP bukannya PAS.

Anwar dan Guan Eng perlu ke hadapan mengisytiharkan yang parti mereka akan terus menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dan tidak melihat sebagai ancaman usaha Tun untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam Parlimen.

Kenapa Anwar dan Gun Eng senyap?

Kecuali memang PKR, DAP dan Pan tidak senang dengan Tun dan beberapa langkah politiknya kebelakangan ini. Tun kini dilihat sebagai ancaman serta liabiliti lantas usaha perlu diambil untuk menghentikan pengaruh Tun itu. Anwar perlu naik sebagai PM. Adakah begitu?

Kenapa Anwar dan Gun Eng senyap? Inilah desas-desus yang dikutip oleh The Star dan pihak media. Ia bukannya berpunca dari PAS tetapi dari dalam PH.

Anwar dan Guan Eng bersuaralah.

PAS sekurang-kurangnya telah bersuara mahu Tun kekal PM hingga PRU15. Anwar dan Guan Eng? – HARAKAHDAILY 19/2/2019

- Advertisement -