PAS Sg Acheh istiqamah majlis istighasah munajat

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Acheh telah mengadakan Majlis Istighasah Zikir Munajat yang julung kalinya dilangsungkan di premis baru, Dewan Haji Abdul Rahman Mahyiddin, di sini semalam.

- Advertisement -

Lebih 100 peserta hadir pada program berkala bulanan itu yang telah dimulakan sejak 13 April 2017 lagi dari rumah ke rumah ahli-ahli PAS dalam kawasan itu.

Pengisian utama majlis tersebut menggunakan kitab Mafatih an-Nasr yang disusun oleh Naib Ketua Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Rijaluddin Yahya.

Kitab ini mengandungi surah-surah pilihan, wirid harian, hizb-hizb susunan para ulamak muktabar, selawat serta doa yang amat baik dijadikan amalan para amilin di jalan Allah S.W.T

Pengarah MTD Sungai Acheh, Nor Zamri Latifg berkata, majlis tersebut dapat berjalan secara istiqamah sejak mula diadakan dan berharap menjadi rutin atau amalan ahli PAS di situ.

Ustaz Rijaluddin sendiri turut menyeru agar segala panduan dalam kitab tersebut dijadikan amalan harian dan program jamaie seperti qiyamullail, katibah, liqa’ fikri, tamrin dan seumpamanya.

Sementara itu, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Shukri Che Yunus turut menyampaikan taujihat yang menyeru ahli supaya istiqamah mendaulatkan syariat Allah.

Menurutnya, kekuatan rohani penting dalam menghadapi cabaran cukup besar perjuangan Islam yang didukungi.

Turut diadakan sempena majlis itu adalah tayangan skrin memaparkan aktiviti MTD Sungai Acheh serta sejarah program istighasah tersebut. – HARAKAHDAILY 19/2/2019  

IMG 20190219 WA0017

IMG 20190219 WA0016

- Advertisement -