Hukuman berat individu hina Nabi SAW

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mahu individu berbangsa Cina, pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda dikenakan hukuman berat.

- Advertisement -

Tindakannya sangat kurang ajar, biadap dan tidak menghormati sensitiviti majoriti umat Islam di Malaysia.

nasrudinPAS kesal sudah banyak laporan polis dibuat terhadap mereka yang sengaja memuat naik tulisan memburukkan agama, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, tetapi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Jangan berselindung di sebalik hak kebebasan semata-mata untuk menghina Islam.

Tindakan biadap seperti ini semakin menjadi-jadi sejak kemenangan PH dalam PRU lalu. Apa yang pelik, mereka seolah-olah semakin berani dan tidak takut dengan tindakan undang-undang.

PAS memberi amaran kepada mereka untuk tidak sesekali cuba untuk meranapkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

PAS turut mempersoalkan apakah perkembangan laporan polis yang telah dibuat oleh ramai pihak terhadap kebiadapan mereka.

Adakah pihak polis masih melakukan siasatan atau mengabaikan laporan-laporan tersebut?

Demikian juga Menteri Agama, di mana beliau? Beliau kelihatan agresif dalam isu LGBT, isu kumpulan LTTE dan lain. Kenapa isu penghinaan terhadap Nabi SAW tiada tindakan segera?

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Jamadil Akhir 1440 | 19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

- Advertisement -