Diundang mesyuarat tidak dibenar cakap

- Advertisement -

POKOK SENA: Keputusan kerajaan negeri tidak membenarkan wakil rakyat mengambil bahagian dalam mesyuarat penuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dianggap bercanggah keputusan kerajaan pusat.

- Advertisement -

Ketua Pembangkang Dun Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, sekadar menjemput wakil rakyat hadir sebagai pemerhati seolah-olah menafikan hak mereka.

Sedangkan katanya rakyat memilih Adun dan Ahli Parlimen untuk membangkitkan isu-isu di tempat mereka.

“Satu makluman bertulis bertarikh 12 Februari menjelaskan perkara itu berdasar keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 9 Januari lepas.

“Panggil mesyuarat tetapi tidak boleh bercakap seolah-oleh jemput makan kenduri tetapi tidak dibenarkan makan. Lebih baik tidak perlu hadir,” ujarnya yang juga Adun Jeneri pada sidang media di Markas PAS Sena hari ini.

Sanusi turut mencadangkan mesyuarat penuh PBT diikuti orang ramai selaras Sekysen 23 Akta 171. – HARAKAHDAILY 19/2/2019

- Advertisement -