PH: Retak menanti belah

- Advertisement -

MEMPERJUANGKAN Islam agar ia dapat ditegakkan di atas tanah air ini memerlukan keupayaan tinggi dalam membaca realiti politik dan percaturan para politikusnya.

- Advertisement -

Justeru itu, keutamaan berpolitik bagi PAS adalah meletakkan kedudukan Islam dan umatnya dalam keadaan selamat dan selayaknya.

nasrudintaTatkala PAS menghidu “gerakan bawah tikar” yang mula aktif dalam PH untuk ‘menggulingkan’ Tun Dr Mahathir dari kerusi Perdana Menteri pada bulan Mac ini, maka di antara langkah segera PAS ialah: Menyatakan sokongan terbuka kepada YAB Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri agar diberi kepercayaan memimpin sehingga PRU15 akan datang.

Pertelingkahan “senyap” dalam PH mula disedari awam melalui kenyataan para pemimpin mereka yang saling “bersilang kata” dan “menjulur lidah” di antara mereka.

Bahtera PH kini telah alami keretakan serius yang pastinya menunggu belah dan bakal karam.

Tindakan nekad mereka ialah berusaha untuk menjatuhkan YAB Tun Mahathir yang sememangnya difahami dari kenyataan pemimpin mereka, bahawa Tun M hanyalah sekadar batu loncatan untuk mereka berkuasa.

Kini mereka ditampuk kuasa. Tun M pula dilihat sebagai spoiler untuk merealisasikan beberapa rencana dan matlamat perjuangan mereka selama ini.

PAS sejak awal telah menyedari, bahawa objektif dan matlamat perjuangan DAP yang kini mendominasi PH adalah sangat merugikan Islam dan umatnya.

Point ini jugalah yang menjadi faktor utama kenapa PAS memutuskan tahaaluf siasi dengan DAP sewaktu dalam Pakatan Rakyat dahulu.

Kemaraan dan penguasaan DAP serta bonekanya dalam kerajaan dan politik negara mesti dihalang.

Pada masa yang sama, kesedaran umat Islam untuk mengembalikan pengaruh dan kuasa politiknya mesti digerak aktif. Bijak mengatur strategi dan licik merencana tindakan.

Jangan biarkan ummat Islam bertelingkah sesama sendiri sementara golongan anti Islam bermaharajalela di bawah pengaruh Islamophobia, menjarah politik dan ekonomi negara.

Umat Islam Bangkit

NASRUDIN HASSAN
12 Jamadil Akhir 1440 | 18 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 18/2/2019

- Advertisement -