Kekal dasar bantu umat Islam tunai haji

tatawi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mahu pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) terus mengekalkan dasar lama bagi peruntukan subsidi haji.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihak LTH mestilah memberikan hak subsidi berjumlah RM12,920 kepada pengiring dan perayu yang pertama kali menunaikan haji mengikut pakej muassasah.

Tambahnya, tidak adil bagi LTH menghapuskan subsidi bagi para pengiring dan perayu kerana ia sangat membebankan.

“Walhal, mereka memenuhi kuota haji tahunan dan tidak menjejaskan peruntukan subsidi pada tahun berkenaan.

“Jangan terus memangsakan rakyat dengan langkah penjimatan yang tidak relevan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan media LTH bertarikh 16 Februari 2019, PAS akui konsep istito’ah (kemampuan) bagi bakal haji sepertimana yang dimaksudkan, namun ia sesekali tidak boleh menjustifikasikan penghapusan subsidi yang telah diperuntukkan oleh kerajaan sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY 18/2/2019

- Advertisement -