Ustaz Ab Somad sebak ziarah keluarga Tok Guru

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penceramah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad Batubara tidak mampu menahan sebak ketika berkujung ke kediaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka hari ini.

- Advertisement -

Katanya, nama bekas Menteri Besar Kelantan itu mulai mencuri hatinya sejak 1998.

Beliau mula mengenali almarhum Tuanh Guru ketika belajar di Kaherah, Mesir.

“Rakan saya berkahwin dengan seorang pelajar dari Malaysia iaitu dari Kelantan. Suatu hari saya singgah rumah kawan itu dan nampak gambar seorang yang berserban.

“Bermula saat itu saya mencari artikel berkaitan Tuan Guru di samping menyimpan gambar-gambar Tuan Guru di komputer riba,” katanya ketika mengunjungi kediaman Tok Guru di Pulau Melaka.

Berikutan itu beliau pernah menyimpan angan-angan untuk bertemu almarhum untuk membawa serban dan memakaikannya kepadanya.

“Namun semuanya menjadi kenangan apabila saya menjejak kaki ke kediamannya almarhum telah tiada,” ujarnya sambil mengesat air mata.

Beliau juga berkata, begitu berpuas hati dapat menziarahi keluarga almarhum.

Oleh itu beliau berharap kunjungan itu mendapat rahmat dari Allah Taala serta mendapat ganjaran nikmat dariNya.

Turut hadir pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, anggota Parlimen Bachok Ustaz Nik Aduh Nik Abdul Aziz dan anak serta adik beradik Tok Guru. – HARAKAHDAILY 15/2/2019

- Advertisement -