Bincang kepentingan negeri, negara

- Advertisement -

MARANG: Kunjungan hormat Presiden PAS, Menteri Besar Terengganu dan rombongannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu positif bagi kepentingan negeri serta negara.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, pertemuan itu di Putrajaya bagi penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Antaranya, kata beliau berkait isu Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) yang baharu ditubuhkan pada 1 Februari lalu.

“Pertemuan itu lebih kepada penyelarasan antara kerajaan negeri (Terengganu) dengan kerajaan Pusat.

“Isu Majlis Tindakan Ekonomi, projek-projek ada kerajaan pusat, kerajaan negeri supaya tidak ada percanggahan. Kita mahu betul-betul turun kepada rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Dun Alor Limbat 2019, di Dewan Taman Padang Midin, Alor Limbat, hari ini.

Mengulas lanjut isu itu, kata beliau, buat masa ini pelantikan anggota Majlis Tindakan Ekonomi itu tidak melibatkan wakil kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 15/2/2019

(LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI ISNIN)

KAM2

- Advertisement -