Teater romantis rosak sahsiah anak muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Teater Sex in Georgetown City sebuah jurnal komedi dan romantis koleksi sepuluh cerita pendek arahan anak jati Pulau Pinang, Fa Abdul di bawah produksi Big Nose yang bakal dipentaskan sempena Hari Kekasih membangkitkan keresahan umat Islam.

- Advertisement -

Berdasarkan sinopsis, teater tersebut ada selingan sesi quickie atau dalam bahasa mudahnya mengajak ke arah melakukan persetubuhan dan meliputi cerita kemasyarakatan, perhubungan suami isteri serta persahabatan luar tabi’e.

Teater ini akan dipentaskan bermula 14 sehingga 17 Februari di Pentas 2, Performing Arts Centre di Pulau Pinang yang terbuka kepada penonton lingkungan usia 16 tahun ke atas dengan harga tiket bermula RM35 sehingga RM45.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor melahirkan kebimbangan persembahan teater itu membenarkan sikap apologetik dalam kalangan umat Islam yang boleh merosakkan akhlak umat Islam.

“Kita bimbang sikap apologetik umat Islam terutama sikap bermanis muka jahiliah ataupun di zaman fahaman muktazilah fahaman mengutamakan akal yang sedang berlangsung pada hari ini yang dipimpin oleh Pakatan Harapan akan menghancurkan lagi akhlak dan sahsiah anak muda,” katanya kepada Harakah. – HARAKAHDAILY 13/2/2019

LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN

- Advertisement -