Pemuda lapor polis siasat DAP terima dana asing

- Advertisement -

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor membuat laporan polis mendesak siasatan dibuat terhadap dana asing yang diterima DAP di Ibu pejabat Polis Shah Alam, di sini.

- Advertisement -

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Mohd Huzaifah Mokhtar selaku pengadu berkata, laporan polis di buat bagi membolehkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuka semula kes dan menjalankan siasatan berhubung parti tersebut menerima dana asing.

Beliau mendakwa perkara tersebut dipercayai berlaku secara sulit, menyalahi integriti dan undang-undang.

Tambahnya apabila mempunyai tujuan politik yang boleh mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.

“Sebagaimana pendedahan oleh Mohamad Razali Abdul Rahman yang merupakan mantan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari pihak Israel,” katanya.

Begitu juga tambah beliau, Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twinning sendiri secara terbuka menyatakan bahawa pihaknya mendanai PH pada PRU14 lalu,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan polis, 10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata laporan itu dibuat untuk meminta apa sahaja kedudukan atau ruang demokrasi yang ada dalam negara tidak dicampur tangan oleh pihak asing.

“Kita khuatir bila adanya parti tertentu mendapat dana dari pihak asing menyebabkan wujudnya campur tangan yang sedikit sebanyak boleh menganggu gugat perjalanan demokrasi dalam negara,” katanya.

Maka tambah beliau, DPP Selangor tampil membuat laporan supaya pihak polis menyiasat dakwaan serta kenyataan daripada pihak yang berautoriti.

“Seperti pernah disebut oleh mantan Setiausaha Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri yang membuat kenyataan dan proposal yang lengkap tentang bagaimana penerimaan dana asing di peringkat parti DAP,” tegasnya.

- Advertisement -