PAS Lumut hadir santuni para pesakit di HSM

- Advertisement -

LUMUT: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lumut telah mengadakan Ziarah Prihatin menyantuni para pesakit yang menerima rawatan di wad Hospital Seri Manjung (HSM), di sini hari ini.

- Advertisement -

Rombongan tersebut telah meluangkan masa melawati ke Wad 6 (Pembedahan), Wad 7 (Ortopedik), Wad 9 (Perempuan) dan Wad 1 (menunggu bersalin) pada waktu rehat tengahari itu tadi.

Di samping meluaskan silaturahim, mendoa dan memberikan semangat kepada para pesakit yang ditemui dan ahli keluarga mereka, rombongan turut menyampaikan sumbangan kepada 40 pesakit pelbagai bangsa itu.

Menurut Timbalan Pengerusi LKK PAS Lumut, Noraziah Mohd Ramli, pihaknya berusaha menyusun aktiviti seumpama dengan lebih giat bagi mendekati masyarakat dan mengambil maklum hal ehwal kebajikan.

Hadir serta pada ziarah itu adalah Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Zamri Ibrahim yang juga mantan calon PAS Parlimen Lumut dan Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin juga mantan calon PAS Dun Pasir Panjang.

Turut bersama juga adalah Setiausaha PAS Lumut, Hamidun Ahmad dan aktivis masyarakat, Raai Yusof serta beberapa pimpinan lain. – HARAKAHDAILY 13/2/2019

IMG 20190213 WA0059

- Advertisement -