Dana: SPRM juga perlu siasat DAP

nik amar
- Advertisement -

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu menyiasat DAP berhubung dakwaan menerima dana daripada luar negara.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, bukan hanya PAS sahaja yang disiasat atas dakwaan menerima dana.

Menurutnya, sebelum ini ada individu tertentu mendakwa DAP dikatakan menerima dana berjumlah RM1.2 bilion dari Israel.

“Israel merupakan negara asing dan langsung tidak ada kerjasama diplomatik dengan Malaysia.

“Jika benar, ia jauh lebih bahaya berbanding tuduhan yang dikenakan kepada PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Umno,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

International Republican Institute (IRI) sebelum ini membuat kenyataan mereka lebih 10 tahun bersama parti pembangkang di Malaysia.

“Mungkin di situ berlakunya penyaluran dana hasil kepada parti politik terutamanya DAP.

“Benda ini semua kena ambil kira untuk kebaikan semua,” ujarnya.

Beliau turut menyokong tindakan Pemuda PAS di seluruh negara membuat laporan polis terhadap DAP kerana didakwa menerima dana asing. – HARAKAHDAILY 13/2/2019

- Advertisement -