Tukar waktu operasi, pendeposit TH kecewa

- Advertisement -

IPOH: Perubahan waktu operasi oleh Lembaga Tabung Haji di Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Bandaraya Ipoh dilihat mengecewakan para pendeposit tabungan tersebut.

- Advertisement -

Terutama melibatkan mereka yang berhasrat mendapatkan perkhidmatan kaunter pada hujung minggu bagi menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan dengan institusi tersebut.

Berdasarkan makluman terkini yang tidak dinyatakan sebab perubahan itu, waktu operasinya ditukar kepada jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari Isnin hingga Khamis.

Manakala pada hari Jumaat juga beroperasi waktu sama, tetapi ditutup sementara antara jam 12:15 tengah hari hingga jam 2:45 petang, namun kaunter ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Antara keluhan masyarakat yang terasa dengan perubahan ditiadakan perkhidmatan pada hujung minggu adalah ia telah mengkesampingkan matlamat penubuhan UTC itu sendiri.

Oleh itu, ramai yang mahu Tabung Haji mengkaji semula waktu operasi di UTC itu agar dapat memberi perkhidmatan seperti sebelumnya dan menyelesaikan kepelbagaian masalah pendeposit kota. – HARAKAHDAILY 12/2/2019

- Advertisement -