Daurah 2.0: ILMAM Perak semarak budaya ilmu

- Advertisement -

IPOH: Penganjuran Daurah 2.0 Kitab Turath Tuhfatussaniah merupakan program kali kedua bersama Tuan Guru Haji Suaid Din selepas penganjurannya kali pertama pada tahun 2017.

- Advertisement -

Program yang berbentuk bedah kitab tersebut berjaya disertai sekitar 60 orang pelajar lepasan STAM dan SPM dari seluruh Perak bahkan dari beberapa negeri lain.

Konsep itu ternyata memberikan peluang kepada pelajar memahami intipati kandungan kitab selain dapat mendengar perkongsian dari Tuan Guru berkaitan pengalamannya menuntut di Timur Tengah.

Tuan Guru juga merupakan AJK Fatwa Negeri Perak aktif menyampaikan kuliah di masjid seluruh negeri di samping membangunkan Maahad Darussalam yang membantu anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM Perak) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengatur penganjuran program ini kerana melihat keperluan penguasaan ilmu nahu dalam kalangan pelajar.

“Turut sama-sama membantu menjayakan program mahasiswa Mesir dari Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) yang pulang bercuti juga meluangkan masa bersama dalam daurah kali ini.

“Program selama lima hari ini juga terdapat beberapa slot seperti riadah futsal, latihan dalam kumpulan dan diskusi persediaan Imtihan Qabul bagi mereka yang akan ke Mesir.

“Mewakili ILMAM Perak, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak bertungkus lumus menjayakan dan ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada kami,” ujar Pengerusi ILMAM Perak, Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi.

Program tersebut bermula pada 4 hingga 8 Februari lalu di Maahad Darussalam, Tambun, Ipoh. – HARAKAHDAILY 11/2/2019

daurah2

- Advertisement -