Heret penjenayah ke muka pengadilan

- Advertisement -

SELURUH rakyat Malaysia menantikan keputusan prosiding inkues punca kematian Allahyarham Mohamad Adib Kassim bermula pada 11 Februari ini yang melibatkan 30 orang saksi.

- Advertisement -

fakhrurudinRakyat begitu berharap agar prosiding inkues berkenaan dapat membuka laluan tertegaknya keadilan dan mengheret mereka yang terlibat menyebabkan kematian allahyarham ke muka pengadilan dengan segera.

Almarhum telah bertarung nyawa selama 21 hari di IJN selepas diserang sekumpulan individu di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu, meninggalkan kesan psikologi ke atas keluarga terdekat.

PAS Kedah ingin menyatakan sokongan moral kepada pasukan peguam yang mewakili keluarga Almarhum Muhammad Adib dan berharap agar mereka berjaya memperkukuhkan bukti punca kematian almarhum dalam prosiding inkues tersebut.

Tidak ketinggalan juga sokongan kepada pihak keluarga almarhum semoga mereka dapat melalui masa-masa getir kini dan semua ahli PAS sentiasa mendoakan supaya inkues berkenaan dapat merungkai teka-teki punca kematian almarhum.

DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah – HARAKAHDAILY 2/2/2019

- Advertisement -