PAS jaga kebajikan bukan Islam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perjuangan PAS bukan sekadar menjaga umat Islam semata-mata, sebaliknya merangkumi semua kaum dan agama di negara ini.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keadilan bukan hanya untuk orang Islam sebaliknya bukan Islam juga dibela PAS.

“Di Kelantan banyak kemajuan dicapai sama ada program keagamaan atau kebajikan dilaksanakan sejak zaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya selepas mesyuarat di Kota Darulnaim hari ini.

Ilham Cantre dalam kajiannya mendapati PAS mendahului Umno sebagai pelindung kepada isu berkaitan Melayu dan Islam.

Maklumat itu diperolehi melalui tinjauan terhadap 2,614 orang Melayu-Islam. Kenyataan tersebut dikeluarkan Felo dan Ketua Penyelidikan Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim malam tadi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sejak awal lagi Kelantan tidak mendiskriminasi golongan bukan Islam.

“Kerajaan negeri berharap sambutan masyarakat Islam dan bukan Melayu kepada PAS lebih meningkat masa akan datang akan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/1/2019

- Advertisement -