Tahniah calon BN Ramli Mohd Nor

- Advertisement -

DATO’ Seri Mohamad Badri hari ini mengucapkan tahniah kepada calon BN Ramli Mohd Nor yang telah memenangi PRK bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari 2019. Kejayaan beliau sebagai calon BN untuk bertanding di PRK telah membuktikan bahawa Parti Barisan Nasional masih diterima masyarakat tempatan walau parti BN tewas pada PRU14 yang lalu.

- Advertisement -

BADRIWalaupun parti BN yang di ketuai oleh Umno sekarang ini menghadapi pelbagai isu masalah dalaman dan pernah tewas dalam beberapa PRK sebelum ini telah bangkit semula dan bersepakat bersama komponennya untuk meletakkan calon bukan dari MIC untuk PRK kali ini. Satu keputusan dan tindakan perubahan yang berani dari BN yang pernah menerajui negara selama 61 tahun.

Kita sedia maklum kerusi Parlimen kawasan Cameron Highlands yang dahulu dan lazim nya BN akan meletakkan calon dari MIC untuk bertanding di mana majoriti pengundi nya adalah kaum india maka itu calon Melayu atau Cina dalam BN memberi laluan kepada MIC.

Tetapi pada pilihan raya kali ini segenap lapisan masyarakat di Cameron Highlands yang mana majoriti pengundi nya adalah kaum India bangsa Malaysia telah memberi undi kepercayaan dan memastikan kemenangan diberi kepada calon dari BN keturunan Melayu sebagai wakil yang boleh membawa suara mereka ke parlimen dengan satu semangat bangsa Malaysia yang merdeka serta mengetepikan segala pra sangka yang berbaukan perkauman selama ini membuktikan bahawa parti BN masih relevan.

Inilah kemenangan pertama buat parti BN selepas kalah pada PRK yang lalu. Tetapi kali ini menurut pandangan saya kemenangan kali ini bukan kerana BN tetapi kerana calon, semua rakyat bangsa Malaysia telah dewasa dan matang dan bijak memerhatikan senario politik tanah air, mereka sedar bahawa parti BN yang diketuai Umno masih relevan serta telah banyak memberi jasa kepada rakyat dan negara pada suatu ketika dahulu, dan pada PRK kali ini dan berikutnya BN harus menampilkan wajah baru tidak kira apa keturunan dan kaum calon yang dipilih asalkan rakyat boleh sandarkan harapan untuk membawa suara mereka ke parlimen demi menuju kesejahteraan, bahagia, makmur dan adil untuk bangsa Malaysia.

Tahniah dari kami Parti IKATAN Bangsa Malaysia kepada PAS dan ahlinya di Parlimen Cameron Highlands yang bekerja tungkus lumus bagi memastikan kejayaan calon BN pada PRK kali ini. Sifat ikhlas dan kerjasama serta semangat setia kawan dari PAS harus diberi kepujian oleh BN dan komponennya. Setiap parti ditubuhkan untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat seharusnya berjuanglah untuk agenda rakyat bukan untuk agenda perjuangan parti dan peribadi.

DATO’ SERI MOHAMAD BADRI ABD RAHMAN
Naib Presiden Ikatan – HARAKAHDAILY 28/1/2019

- Advertisement -