Perpaduan kaum bertaut di Karnival Muhibbah

- Advertisement -

TITIWANGSA: Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa telah menganjurkan Karnival Muhibbah Titiwangsa di Dewan Flat Taman Maluri, di sini semalam.

- Advertisement -

Program bersama penduduk setempat dalam kalangan kaum Tionghua dan India itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam.

“Sebagai parti Islam, PAS sangat prihatin terhadap rakyat yang kurang bernasib baik serta berusaha membantu tanpa mengira batas kaum dan agama.

“PAS tidak termakan dengan isu rusuhan kaum yang sengaja diapi-apikan untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia.

Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap pula dalam ucapannya menyatakan mengenai keterbukaan dan kebertanggungjawaban PAS terhadap agenda kebajikan rakyat.

Pelbagai acara menarik turut dilangsungkan sepanjang karnival antaranya jualan murah barangan dapur, pemeriksaan kesihatan percuma, perlawanan gusti lelaki, pertandingan kupas epal, peraduan mewarna dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 28/1/2019 

IMG 20190128 WA0026

- Advertisement -