Kuliah UAI hubungkan SRITI dan masyarakat

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis telah menganjurkan Kuliah Dhuha bersama Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus di sekolah itu di Padang Menora, di sini semalam.

- Advertisement -

Kuliah Dhuha ini menjadi antara medan bagi pihak sekolah mendekat masyarakat setempat selain usaha mengumpulkan sumbangan atau wakaf kepada pembangunan sekolah.

Selain pengisian rohani tersebut, pihak sekolah juga mengadakan pertandingan mewarna terbuka untuk kanak-kanak yang menonjolkan bakat mewarna mereka.

Sekolah yang masih dalam pembinaan ini merupakan SRITI sulung di Pulau Pinang di bawah kelolaan Pemuda PAS Kawasan di mana kini mempunyai 164 pelajar dan 12 guru sejak 3 tahun penubuhannya.

Turut serta pada majlis dihadiri lebih 1,000 penduduk setempat itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Pada ketika ini juga pihak sekolah masih memerlukan kos RM600,000 bagi menyiapkan pembinaan bangunan 3 tingkat dari anggaran asal sebanyak RM1.5 juta.

Orang ramai yang ingin turut sama menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun 5572 5006 3814 (Maybank) atau 07043011040485 (Bank Islam). – HARAKAHDAILY 28/1/2019

IMG 20190128 WA0029 

IMG 20190128 WA0031

- Advertisement -