Julung kali usrah di pejabat MB T’ganu

- Advertisement -

PAGI Ahad 27 Januari 2019, buat kali pertama diskusi dalaman (yang juga boleh disebut usrah dalam gerakan Islam) melibatkan staf Pejabat Menteri Besar dibuat di bilik mesyuarat, Pejabat MB Terengganu di Wisma Darul Iman.

- Advertisement -

Cadangan asal ialah menggunakan buku tulisan DSTG Presiden PAS mengenai pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, bermula dari Saidina Abu Bakar. Namun, oleh kerana buku tersebut yang sukar didapati di pasaran sekarang, maka satu tulisan akademik mengenai bentuk pemerintahan Abu Bakar dibincangkan.

Saya ucap terima kasih kepada YAB Dr Ahmad Samsuri, MB Terengganu yang bersedia meluangkan masa untuk bersama-sama walaupun dalam keadaan jadual yang sangat padat. Antara pandangan yang dikongsi oleh YAB MB ialah bahawa undang-undang tubuh negeri ini menjadikan Quran, hadis, Ijmak dan Qias sebagai teras.

Yang kita buat ialah ambil kira apa yang ada dalam Quran dan hadis, Nabi yang menghuraikan, dijelaskan oleh para sahabat, juga oleh para ulama.

Ulama kumpulkan maklumat ini, sehingga muncul kemudiannya ilmu politik. Politik dianggap kotor oleh sesetengah orang. Tapi sebenarnya politik adalah arts of governing. Dalam Islam disebut siasah syariyyah, yang mengurus kehidupan.
Ilmu diolah pada masa para sahabat memerintah menurut suasana ketika itu.

Sebagai contoh mudah, cop mohor diambil dari tamadun lain yang asalnya tiada di zaman Nabi dan ia tiada di dalam Al-Quran. Sistem masa itu mengambil apa juga pendekatan yang sesuai, berdasarkan maqasid syariah dan fiqh awlawiyat.
Perkara ini tidak mudah untuk dibuat keputusan.

Kerajaan yang berdasarkan Islam paling layak untuk tentukan fiqh awlawiyat, maqasid syariah dan lain-lain.
Konsep musyawarah disebut secara umum dan ia sangat penting untuk dilaksanakan.

Tulisan dari pihak barat yang perlekehkan Islam, kononnya menyatakan kelompok Islam mahu kembali ke zaman Muhamad yang disebut ‘Mohammedan Law‘. Kita beritahu kepada pihak barat bahawa konsep Islam dan prinsip Islam adalah jelas, tapi ikut kesesuaian masa dan keadaan.

Kita cuba laksanakan setakat yang kita boleh buat di peringkat negeri ini. Orang yang tidak faham tentang Islam ada di mana-mana.

Mengakhiri ucapan, Dr Samsuri menyebut hadis yang ada di dalam kitab Riadhussalihin mengenai amanah kepimpinan yang menginsafkan beliau betapa besarnya tugasan ini. – HARAKAHDAILY 28/1/2019

Penulis ialah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.

- Advertisement -