Isu tuntutan RM30 juta

- Advertisement -

SELEPAS meneliti dan melalui perbincangan dengan Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) dan Exco Dewan Pemuda PAS Selangor, dengan ini saya:

- Advertisement -

1. Pertahankan kenyataan saya membela dan menyatakan kebersamaan saya bahawa isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia adalah benar.

2. Dengan tegas juga menyatakan bahawa DAP adalah parti yang anti Islam dan termasuklah sebahagian pimpinannya menunjukkan sikap yang jelas anti pada Islam.

Justeru, notis tuntutan yang dikeluarkan oleh pihak Teresa Kok dengan jumlah RM30 juta dan minta permohonan maaf dari saya, saya nyatakan di sini dengan tegas bahawa saya tidak tarik balik kenyataan ini dan kita jumpa di Mahkamah.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda PAS Selangor
22 Jamadil Awal 1440H | 28 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 28/1/2019

- Advertisement -