Cameron Highlands petanda awal kebangkitan rakyat

- Advertisement -

HARI ini jelas bahawa rakyat mula menolak dan tidak yakin terhadap DAP dan PH. Runtuhnya keyakinan rakyat akibat pelbagai janji yang ditabur oleh PH ketika PRU lalu sehingga ke hari ini tidak langsung dilaksanakan.

- Advertisement -

Kekalahan DAP dan PH di Cameron Highland kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU lalu adalah bukti jelas bahawa rakyat sudah tidak yakin, malah mula menolak PH terutamanya DAP yang membawa budaya politik melampau.

Kemenangan Tuan Ramli Mohd Noor di PRK Cameron Highland juga memberi petanda positif bahawa rakyat mula memahami muafakat pembangkang yang efektif dan berkesan.

Ia adalah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara di samping menjaga keutuhan Perlembagaan negara serta institusi di Raja, di samping memelihara hak dan keharmonian kaum, bangsa dan agama lain di dalam negara.

Setinggi tahniah diucapkan kepada jentera PAS dari seluruh negara terutamanya daripada kalangan anak muda yang membantu sehabis daya dalam PRK kali ini.

Jika momentum ini berjaya diteruskan terutamanya dalam kalangan anak muda serta rakyat yang telah mula sedar akan omongan kosong PH, saya percaya di PRK Semenyih juga PH akan berjaya ditumbangkan sekali lagi.

“Islam Memimpin” 
“Terus Mara”

YB MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 27/1/2019

- Advertisement -