PAS Sarawak sokong halang atlet Israel

- Advertisement -

HUBUNGAN Malaysia-Israel adalah isu sensitif untuk umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

- Advertisement -

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

“Justeru, kerajaan akan tetap mengambil pendirian yang paling tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Kerajaan Negeri Sarawak juga akur dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, sebagai sebuah negara yang bersatu keputusan tersebut harus dihormati.

jofriPAS Sarawak juga menyokong sepenuhnya pendirian Malaysia untuk menghalang atlet Israel masuk ke Malaysia terutamanya ke Sarawak meskipun tujuan sukan.

Justifikasi mengapa Israel harus disekat adalah kerana kerosakan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Kerajaan Israel terus menguatkuasakan sekatan yang teruk dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin.

Sarawak sebagai duta atau contoh negara perpaduan tidak sepatutnya menyokong diskriminasi.

Orang bukan Islam juga perlu peka dengan rakan-rakan Islam Sarawak. Ini adalah bukti semangat perpaduan dalam kalangan kita.

Justifikasi semangat sukan tidak dapat diterima kerana kita rakyat Sarawak perlu peka dan menolak sebarang sokongan untuk diskriminasi. Ini adalah bukti bahawa kita menghormati antara satu sama lain di Sarawak.

Tiada kerugian bagi kita di Sarawak jika atlet Israel tidak boleh datang ke Sarawak kerana hanya negara Israel yang tidak dibenarkan.

Kita masih boleh terbuka untuk negara-negara lain untuk sama-sama menyambut Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Manakala perpaduan antara kaum dan agama yang lebih penting di Sarawak yang harus dijaga.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 26/1/2019

- Advertisement -