Di jalan akidah yang sama

- Advertisement -

DARI kiri Foo Wai Yee, Robert Ta Hoon Yu, Lim Chuan Hing atau sekarang Farah Foo, Ahmad Hafiz Amiruddin Ta, Idham Lim Abdullah serta kanan sekali Azman Ibrahim. Yang tepi sekali dari lahir nama tak pernah tukar walaupun muka sebagaimana kata kawan saya di Iraq dulu, adalah sikit-sikit iras Cina.

- Advertisement -

Mereka bertiga adalah antara hamba Allah terpilih yang diberikan hidayah.

Farah sebelum berusia 18 tahun sekadar ikut-ikutan tanpa ada agama yang jelas. Tapi naluri hati kecil dia meyakini bahawa Tuhan itu ada. Saya menitis air mata dengar dia cerita bagaimana dia tercari-cari siapakah Tuhan yang sebenar sehingga Allah memberinya hidayah dengan Islam. Sekarang Farah Foo berusia 42 tahun. Masuk PAS masa umur 21 tahun.

Robert dulu seorang penganut Buddha. Kemudian masuk Kristian menjadi seorang Missionaries. Rumah orang Melayu pun biasa dia ketuk pintu kerana nak dakyah ajak masuk Kristian. Allah lebih menyayanginya. Masa dia masuk Kristian dari asal seorang Buddha, penerimaan keluarganya biasa saja. Tapi bila dia masuk Islam dari Kristian kira-kira 2 tahun lepas, bagaimana kerasnya tentangan keluarga yang dihadapinya. Sekarang Mohd Hafiz Amiruddin yang kini berusia 25 aktif berdakwah melalui platform NGO Multiracial Reverted Muslim.

Sahabat saya Lim Chuan Hing atau Dato’ Drs Idham Lim Abdulllah tak perlu diperkenalkan lagi. Asal dari Bachok Kelantan. Memeluk Islam ketika usia belasan tahun. Bekas Adun Titi Serong. Sekarang Pengerusi NGO Pembela Ummah Negeri Perak.

Kita berbeza bangsa tapi disatukan atas aqidah yang sama. – HARAKAHDAILY 26/1/2019

- Advertisement -