Tolak semua bentuk ‘corrupt practice’

TAKIRI2
- Advertisement -

SAYA merakamkan penghargaan ke atas ucapan YAB Perdana Menteri di Vienna, Austria pada Selasa lalu mengenai usaha memerangi rasuah di negara ini.

- Advertisement -

Sememangnya ia tidak mudah untuk dihapuskan kerana amalan memberi dan menerima rasuah ini masih berlaku dalam masyarakat tanpa mengira taraf sosial seseorang semata-mata bagi memenuhi kehendak masing-masing.

Pendekatan menolak ‘corrupt practice’ bagi memerangi rasuah ini seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad harus meliputi semua bentuknya tidak terhad kepada rasuah atau sogokan sahaja.

Budaya seperti salah guna kedudukan atau jawatan rasmi, konflik kepentingan antara urusan rasmi dan hal peribadi, membeli undi dengan cara menjanjikan habuan kepada pengundi dan melantik orang terdekat ke jawatan tertentu – yang juga dilakukan oleh pemimpin kerajaan dan Pakatan Harapan di era Malaysia Baharu ini – mesti dihentikan segera dengan mengenakan amaran keras dan tindakan tegas kepada yang berkenaan.

Usaha-usaha memerangi rasuah dan menolak semua bentuk ‘corrupt practice’ ini mesti dibuat secara telus, menyeluruh dan diperlihatkan kepada awam supaya ia membentuk gelombang besar-besaran dalam masyarakat. Saya memberi sokongan penuh YAB Perdana Menteri dalam memerangi gejala ini.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
25 Januari 2019 | 19 Jamadilawal 1440 – HARAKAHDAILY 25/1/2019

- Advertisement -