PH sebenarnya kerajaan atau pembangkang?

- Advertisement -

PRESIDEN PAN Mat Sabu kata PAS bakal terkubur dalam PRU akan datang. Pada PRU yang lalu, perkataan sama juga diungkap Mat Sabu dan pemimpin PAN. Alhamdulillah, PAS bukan saja berjaya kekalkan Kelantan, malah menang di Terengganu, hampir tawan Kedah dan Pahang dengan menang kerusi Dun dalam jumlah yang besar.

- Advertisement -

Jangkaan Mat Sabu meleset pada PRU yang lalu, saya jangka sama juga pada PRU akan datang. Sokongan terhadap PAS meningkat menurut penganalisa politik tempatan dan antarabangsa. Jumlah undi yang diterima PAS juga meningkat. Sekarang hampir setiap bulan keahlian PAS bertambah seperti yang diumum. Kita berpegang pada fakta, bukan andaian semata-mata.

Jika kita lihat situasi politik sekarang, rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan PH. Yang mengundi PH pada PRU yang lalu, mengaku kesal undi PH kerana nasib mereka tidak berubah malah lebih teruk. Kerajaan PH seperti tiada haluan, tiada dasar serta agenda untuk membangunkan negara. Sikap mereka lebih kepada pembangkang, bukan menjadi Kerajaan.

Sebelum Mat Sabu buat andaian pada PAS atau Lim Kit Siang serta DAP berjanji pada pengundi Cameron Highland bulan dan bintang, lebih baik tunaikan janji yang belum tertunai. Bukan satu, dua malah hampir semua janji palsu belaka. PTPTN, kos sara hidup, petrol, rumah mampu milik, bantuan kepada peneroka dan petani serta banyak lagi yang belum tertunai.

Cakap memang mudah, dahulu demo sana sini, turun sana sini dan janji sana sini. Ada yang tidur atas jalan, jalan berkilometer dan bermacam lagi aksi akhirnya cakap saja. Saya terbayang bagaimana perasaan anak muda yang turut sama berdemo hingga sanggup tidur di Dataran Merdeka dan duduk beramai-ramai di jalan raya, tentu mereka kecewa. Ini bukan lagi “Janji Di Capati” tosei pun boleh basi.

“Sembang Apa Bossku”

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 25/1/2019

- Advertisement -