Pantun buat pengundi Cameron Highlands

- Advertisement -

SAYA hadiahkan pantun buat pengundi PRK Cameron Highlands.

- Advertisement -

Buah Salak Buah Kedondong,
Sila kumpul di dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tapi salah pangkah undi.

Sila ambil seutas tali,
Kita panjat pokok pala,
Kalau pilih Tuan Ramli,
Dia mesti bawa suara pembela.

Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.

Rendang sungguh Pohon Ara,
Tumbuh subur tepi telaga,
Tidak salah beramah mesra,
Kerana agama hendak dijaga.

#TuanRamliCalonKita

- Advertisement -