TG Haji Hadi bukan gila PM

- Advertisement -

LEBIH kurang dua minggu sebelum pembubaran Parlimen, saya masih ingat ketika saya, Dato’ Tuan Ibrahim dan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) sedang berbual dengan beliau di Pejabat Agung. Beliau memaklumkan, tidak mahu bertanding Dun di dalam PRU14.

- Advertisement -

Saya kata tak boleh, Tuan Guru mesti bertanding. TGHH sinonim dengan rakyat Terengganu dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dalam usaha PAS untuk menawan Terengganu.

TGHH tegas tidak mahu bertanding dan hendak pastikan Dr Ahmad Shamsuri bertanding di Dun Rhu Rendang yang diwakili sejak tahun 1982 (selama 36 tahun tidak pernah kalah).

Sedangkan Dr Shamsuri sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang tidak ada dalam kepalanya untuk bertanding. Alhamdulillah impian TG Haji Hadi tercapai.

Tiba-tiba Lim Kit Siang buat rekaan, TG Haji Hadi hendak menjadi PM Malaysia kalau Pakatan Rakyat menang di dalam PRU13. Mungkin beliau sudah habis gas hendak serang TG Haji Hadi dan PAS.

Maaflah kami lebih kenal Presiden kami daripada Lim Kit Siang. Masyarakat Malaysia lebih hormat beliau dari segi moral dan integriti daripada Lim Kit Siang. Sepenggal menjadi MB Terengganu, tidak memiliki banglo yang berharga berjuta ringgit seperti Lim Guan Eng.

Beliau bukan seorang yang gila pangkat dan habuan dunia. Bukan pelahap kepada jawatan. Beliau hanya hendak Islam didaulatkan di negara ini.

Lagi banyak beliau menyerang TG Haji Hadi semakin ramai orang menyampah dengan Lim Kit Siang. Jika selama ini pemimpin PAN mengutuk beliau dan membuat berbagai tohmahan, itu pun tidak terjejas, inikan pula serangan Lim Kit Siang.

HAJI IDRIS HAJI AHMAD
Naib Presiden PAS
24/1/19 – HARAKAHDAILY 24/1/2019

- Advertisement -