Orang Asli jangan tertipu dengan Kit Siang

- Advertisement -

DALAM laporan akhbar DAP, Roketkini, pada 28 Februari 2018, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ketika berkempen di Cameron Highland dalam PRU 2018, mengumumkan dua janji DAP kepada Orang Asli jika Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan dalam PRU 2018.

- Advertisement -

Janji pertama Lim Kit Siang ialah DAP akan melantik Orang Asli sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Pusat.

Janji kedua Lim Kit Siang ialah DAP akan memansuhkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan menggantikannya dengan Lembaga Wakaf Orang Asli yang akan diketuai oleh Orang Asli sendiri.

DAP juga akan mencadangkan supaya wakil Orang Asli dilantik sebagai Timbalan Menteri sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lim Kit Siang mengumumkan demikian selepas menerima “Permintaan Orang Asli Daripada Pakatan Harapan (Apabila Menjadi Kerajaan)” daripada wakil Orang Asli Semai, Narbi bin Mat ketika mengadakan sesi dialog di Kampung Sungai Lenjang, Pos Menson, Cameron Highland.

Kini, setelah lebih lapan bulan Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan dalam PRU 2018, bayang Timbalan Menteri dari Orang Asli masih belum nampak dan JAKOA juga masih berdiri megah.

Kini, dalam PRK Cameron Highland, Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lain berlumba-lumba menaburkan berbagai janji manis lain pula kepada Orang Asli, walhal janji PRU 2018 pun masih dibohongi.

Cukup-cukuplah pengundi Cameron Highland dikencingi oleh Lim Kit Siang dan pemimpin DAP sebab baunya amat hancing sekali! 

Oleh: Pembaca HarakahDaily – HARAKAHDAILY 23/1/2019

- Advertisement -