Tambah SJKC dibimbangi jurangkan lagi perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penambahan 26 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bakal direalisasikan Kerajaan PH adalah semangat Malaysia Baharu yang perlu dibimbangi dalam konteks pembentukan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit berkata, keadaan ketika ini sudah sedia ada jurang dalam membudayakan bahasa kebangsaan sebagai pertuturan rasmi di mana akan semakin melebar selepas ini.

“Atas asas ini antaranya kita mencadangkan agar kesepaduan pendidikan berasaskan sistem persekolahan sedia ada perlu diperkasakan,” kemuka beliau.

Rata-rata pihak memberi reaksi pelbagai terhadap perkara itu yang telah diulang umum oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching hingga dilihat sebagai usaha membangunkan hegemoni pendidikan kaum.

Malah disangsikan banyak pihak terhadap pertambahan itu sama ada ianya keperluan atau bermotif tertentu untuk mengubah kecenderungan kaum ke arah pilihan yang khusus di mana menajamkan lagi sikap perkauman.

Ustaz Sabri dengan pengalaman lamanya selaku pendidik juga mengajak warga pendidikan untuk merenungi isu keciciran pelajar terutama di sekolah kebangsaan yang berjumlah hingga ratusan ribu di seluruh negara.

Seru beliau, sistem pendidikan perlu diperkasakan dalam aspek kemenjadian murid, di mana sekolah selaku pelaksana sistem memastikan penguasaan sistem amali terhadap penghayatan agama yang digerakkan daripada guru kepada murid. – HARAKAHDAILY 20/1/2019

- Advertisement -