Demi kebenaran kita bersama Ustaz Khalil

- Advertisement -

SEMAKIN tegang suasana politik dalam negara. Realitinya ia begitu sejak rakyat beri kuasa pada DAP. Parti yang Tun Dr Mahathir sendiri pernah label sebagai rasis itu memang angkuh sejak berkuasa demi mahu mencapai cita-cita perjuangannya.

- Advertisement -

DAP sebuah parti Sekular yang mendakwa Malaysia ini sebuah negara Sekular iaitu yang memisahkan urusan pentadbiran negara dari hal ehwal agama. Lalu apakah DAP?

DAP berjuang untuk mendirikan “Malaysian Malaysia” iaitu memberi hak sama rata buat semua kaum dan agama dengan menjunjung sistem meritokrasi. Malaysian Malaysia melanggar dan membakul sampahkan Kontrak Sosial yang membentuk Malaysia Merdeka. Lalu apakah DAP?

Hari ini Ketua Pemuda PAS Malaysia YB Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi didakwa oleh DAP telah mengeluarkan kenyataan yang mengundang kebencian kepada parti pemerintah. Kononnya salah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan laporan polis telah dibuat.

Di mana salahnya jika itulah DAP?

Tiada benci yang diundang ekoran kenyataan Ustaz Khalil itu sebab umat Melayu Islam memang telah membenci DAP lebih-lebih lagi sejak mereka berkuasa.

Jika kerana berkata berkenaan DAP begitu Ustaz Khalil didakwa maka saya menyeru ahli-ahli PAS khasnya anak-anak muda dari Dewan Pemuda PAS seluruh negara. Ayuh kita ulangi apa yang disebut Ustaz Khalil biar ribuan laporan Polis lagi dibuat DAP.

Demi kebenaran kita para pejuang Islam sanggup bersama Ustaz Khalil jadi apa jadilah kerana DAP memang begitu. – HARAKAHDAILY 20/1/2019

- Advertisement -