Perintah berkurung cara terbaik atasi gejala sosial

NURIDAH1
- Advertisement -

KESEDIAAN Kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan menyekat remaja berumur 18 tahun ke bawah daripada berkeliaran pada waktu malam untuk mengatasi masalah remaja menghidu gam wajar disokong oleh semua pihak.

- Advertisement -

Idea perintah berkurung ini telah terlebih dahulu dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menyatakan kesediaan kerajaan negeri bagi mengkaji dengan lebih terperinci pelaksanaan perintah berkurung ini.

Ia merupakan salah satu cara terbaik bagi mendidik golongan di awal remaja bagi mengatasi masalah sosial yang bukan hanya isu menghidu gam malah masalah sosial lain seperti dadah, rogol dan lain-lain lagi juga dapat dikurangkan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), lebih 2,000 pelajar sekolah dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja mengandung anak luar nikah.

Melalui pelaksanaan perintah berkurung ini, ia mampu mencegah masyarakat diawal remaja terlibat dengan pelbagai gejala sosial pada masa hadapan.

Pelaksanaan ini boleh dilakukan secara berperingkat bagi menguji keberkesanan langkah tersebut iaitu dengan menjalankan ke atas lima negeri tertinggi kes jenayah sosial antaranya Negeri Selangor.

Oleh sebab itu, langkah ini merupakan jalan terbaik kepada golongan di awal remaja kerana mereka bukan sahaja senang dipengaruhi malah masih memerlukan perhatian dan bimbingan terutama daripada ibu bapa mereka.

”Islam Memimpin”

SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara
18 Januari 2018 | 11 Jamadilawal 1440 – HARAKAHDAILY 18/1/2019

- Advertisement -