Makcik Rahana pejuang tulen – Muslimat

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS: Dewan Muslimat PAS menyifatkan seorang peniaga di Felda Sungai Koyan Rahana Hasan, 76 sebagai pejuang tulen yang berani berhujah bagi menegakkan kebenaran.

- Advertisement -

Ketua Muslimat PAS kawasan berkenaan Dalmah Ismail berkata, kejujuran berhujah dengan calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran yang datang mahu menabur janji harus dipuji.

Katanya makcik terbabit meminta bukti ‘surat lawyer’ daripada calon terbabit terhadap janji yang disebutnya.

“Surat peguam disebut makcik terbabit sebagai bukti akan ditunaikan terhadap janji yang diuar-uarkan kepada pengundi semasa kempen PRK Cameron Highlands sekarang,” katanya di sini.

Beliau berkata, pengundi terbabit bercakap benar mengenai nasib orang Melayu yang bagaikan menumpang di tanah air sendiri sekarang. – HARAKAHDAILY 18/1/2019

- Advertisement -