Salib: Menanti peranan Menteri Agama

- Advertisement -

ISU salib di bangunan kediaman Grace Residence, Jelutong sudah lama tular di media sosial. Ia turut dikecam oleh ramai penggiat media sosial. Malah, isu ini telah ditegur oleh Mufti Pulau Pinang.

- Advertisement -

Namun, kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) semalam dilihat tidak tegas dan berdolak dalih. Ia telah mengecewakan hati umat Islam di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

nasrudintaParti Islam Se-Malaysia (PAS) meneliti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan pihak pemaju Nova Mulia Development Sdn Bhd beberapa hari lalu.

Kedua-dua kenyataan tersebut cuba memperbodohkan rakyat. Setelah beberapa minggu gambar salib ditularkan, sekarang mereka mendakwa ia adalah abjad Cina yang bermaksud wang atau nasib baik.

Mereka cuba mencetuskan provokasi dan ketegangan kaum serta agama di Malaysia. Lambang salib sebesar itu sengaja dipaparkan, walhal mereka perlu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Tambahan pula, pengasas dan pengarah urusan pemaju projek berkenaan ialah seorang yang aktif terlibat dengan Nehemiah Project (Biblical Entrepreneurship) dan giat mempromosikan agenda kristianisasi.

PAS mendesak YB Menteri Agama tegas membendung perkara ini. Jangan terlalu defensif sehingga beliau dilihat lemah untuk mempertahankan kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 Jamadil Awwal 1440 | 16 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 16/1/2019

- Advertisement -