Kelantan belum ada cadangan naik tarif air

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan belum ada cadangan kenaikan tarif air biar ada kerajaan pusat mungkin menaikkan tarif secara berperingkat tahun ini.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, hari ini kerajaan negeri mendengar taklimat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memberi penjelasan cadangan kenaikan tarif air.

Katanya, kerajaan negeri melihat semula cadangan kenaikan tarif tersebut.

“Ini memandangkan keperluan penyelarasan tarif air melibatkan seluruh negara. Kita dengar dahulu taklimat daripada SPAN.

“Jadi kita serah kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk membuat semakan. Kalau ada keperluan mereka akan serah kepada kerajaan negeri.

“Jadi sekarang belum ada apa-apa (kenaikan) lagi,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Baru-baru ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar dilapor berkata, tarif air mungkin akan dinaik secara berperingkat tahun ini. Ia selaras usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air.

Mohd Amar juga berkata, kenaikan tarif air tidak sama antara negeri.

Namun kata beliau menurut SPAN kenaikan sekadar bagi menampung kos pengurusan dan pengeluaran air mengelak membebankan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 16/1/2019

- Advertisement -