K’jaan harus tangani kegiatan ‘Ah Long’ berleluasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan seharusnya menyedari bahawa disebalik operasi syarikat Pemberi Pinjaman Wang (PPW) yang dilesenkan masih wujud berleluasa lagi kegiatan ‘Ah Long’.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, Ah Long menjalankan kegiatannya secara kaedah riba di mana kerajaan tidak harus menyemarakkan lagi peranan institusi riba dengan ‘mengesah tarafkan’ mereka.

Menurutnya, kegiatan Ah Long sehingga berlaku tekanan dan menyiksa peminjam di mana sering dilaporkan rekod buruk seperti mengugut, mencedera dan paling ganas hingga membunuh.

“Keutamaannya kerajaan mesti membenteras kegiatan Ah Long secara agresif. Kerajaan juga tidak harus ‘menghalalkan’ Ah Long dengan mengesah tarafkan mereka. Lebih penting Ah Long diperangi,” ujarnya yang berpengalaman puluhan tahun dalam bidang kewangan.

Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mahu menjenamakan semula PPW bagi mengubah persepsi umum yang sering menganggap syarikat itu sebagai Ah Long. – HARAKAHDAILY 16/1/2019

- Advertisement -