Bela survival mangsa kebakaran Kg Pasir Putih

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) melahirkan rasa simpati terhadap nasib 74 keluarga yang terlibat dalam kebakaran besar di Kampung Pasir Putih Putatan baru-baru ini.

- Advertisement -

Pihak Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian serius dalam membantu menyelesaikan kesulitan mangsa kebakaran yang terlibat khususnya dalam urusan membangunkan semula kediaman dengan kadar segera.

Cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Kampung Pasir Putih, Masdur Ali Akhbar berkenaan pembinaan semula rumah penduduk di tapak yang asal secara lebih tersusun perlu diberi pertimbangan untuk kebaikan penduduk kampung dan keseluruhan mangsa yang terlibat.

Selain itu, Pemuda PAS mencadangkan agar diwujudkan penempatan sementara atau rumah transit sepanjang tempoh pembinaan semula rumah baharu yang kekal sebagai inisiatif terbaik untuk menjaga kebajikan mangsa.

Selain itu, penyaluran bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran yang terlibat perlu dilakukan secara menyeluruh mengikut bilangan isi rumah dan keperluan lain seperti ibu tunggal, asnaf dan OKU sama ada dalam bentuk kemudahan asas atau wang ihsan daripada pihak berwajib.

Oleh yang demikian, Pemuda PAS Sabah berharap supaya survival kebajikan mangsa kebakaran yang terlibat ini diberi perhatian sewajarnya agar mangsa yang terlibat dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dan terjamin.

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah,
Merangkap Penyelaras Parlimen PAS Putatan – HARAKAHDAILY 13/1/2019

- Advertisement -