SPRM mesti siasat salah guna kuasa

- Advertisement -

SUDAH menjadi rahsia umum, dua perkara melibatkan cubaan salah guna kuasa dibongkar sendiri oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

- Advertisement -

Pertama, pendedahan Naib Presiden, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai cadangan kontrak kerajaan diberikan kepada ketua bahagian.

Kedua, kenyataan Wan Saiful Wan Jan yang memaklumkan berlaku pengaturan kontrak kerajaan kepada syarikat melibatkan anak pemimpin PPBM Perlis.

Hal ini adalah satu tindakan yang serius. Kontrak-kontrak kerajaan mungkin diagihkan kepada kepentingan kroni, tidak telus dan menzalimi pihak lain.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Pertahanan yang disiasat SPRM berhubung dakwaan penerimaan sejumlah RM800,000 daripada pihak tertentu untuk menyelesaikan hutang dan kemungkinan wujud kepentingan tertentu dalam memperoleh kontrak kerajaan.

Namun, sehingga kini tiada apa-apa perkembangan berhubung kes berkenaan.

PAS meminta pihak SPRM bertindak lebih telus dalam melakukan siasatan dan dakwaan terutama yang melibatkan pemimpin dalam Pakatan Harapan.

Elakkan pendakwaan terpilih sehingga ia boleh menjatuhkan integriti badan penguatkuasaan pencegahan rasuah di Malaysia.

Rakyat membuat perubahan untuk melihat negara bebas rasuah dan salah guna kuasa, tetapi Pakatan Harapan masih mengamalkan sikap yang sama.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
8 Januari 2019 | 2 Jamadil Awwal 1440 – HARAKAHDAILY 8/1/2019

- Advertisement -