Semuanya ini datang dari DAP – Tun M

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terhasil daripada gabungan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) ditentukan oleh DAP.

- Advertisement -

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, DAP amat penting dalam kerajaan PH termasuk kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kata beliau, meskipun sebelum ini DAP dianggap musuh politiknya tetapi keadaan itu telah berubah menjadi rakan sekutu kuat dalam Pakatan Harapan.

“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP itu parti musuh, tetapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri jikalau menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, adalah DAP.


“Mereka (DAP) yang tentukan siapa pemimpin, siapa yang akan pegang jawatan tertentu selepas berjaya ambil alih kerajaan. Semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata musuh, kenapa pilih saya?


“Mereka juga sedar, kerosakan yang dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu perlu disingkirkan dan sebab itulah kita (PH) menang dalam PRU14,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pejabat PPBM Negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam, di sini, semalam. – HARAKAHDAILY 8/1/2019

- Advertisement -