Imam: Penduduk serah memo kepada JAIPs

- Advertisement -

KANGAR: Soladiriti Aman 2.0 bagi membantah penamatan Imam 1 dan pertukaran Imam 2 Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi diadakan di hadapan Pejabat Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) hari ini.

- Advertisement -

Mereka pada awalnya mahu menyerah memorandum kepada Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan namun beliau tiada di pejabat.

Imam 1, Kamaradin Mohd Napiah, 65 ditamatkan perkhidmatan manakala Imam 2, Baharudin Mohd Napiah, 56 ditukarkan ke Masjid Al Mukminun, Kota Kayang.

Setiausaha Masjid Saidina Umar Al Khatab, Aisha Md Akhir berkata, ahli kariah mendesak imam yang ditukar dan ditamatkan perkhidmatan tersebut dikekalkan.

Katanya, kalau alasan Imam 1 ditamat perkhidmatan disebabkan masalah umur, mohon dikekalkan Imam 2 yang ditukarkan ke kariah lain.

“Setakat ini imam 1 yang diganti baharu merupakan kakitangan kerajaan manakala imam 2 kini pula sudah meletak jawatan.

“Imam 1 itu juga bukanlah anak kariah masjid tersebut, lagi pun beliau masih bekerja. Sedangkan imam diperlukan setiap waktu solat.

“Jadi kami mendesak agar permohonan kami ini dipertimbangkan. Atau lebih baik lagi Dato’ Mufti sewajarnya meletakkan jawatan kerana beliau bukan anak jati Perlis,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu. – HARAKAHDAILY 8/1/2019

- Advertisement -