‘Kita akan bagi royalti kepada Terengganu’

- Advertisement -

MARANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperakui kerajaan pimpinannya telah membuat keputusan untuk membayar royalti itu kepada Terengganu.

- Advertisement -

“Kita dah buat keputusan, kita akan bagi royalti kepada kerajaan Terengganu,” ujarnya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Warga Tani Negeri Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini, hari ini.

Beliau kelihatan terpinga-pinga ketika ditanya oleh wartawan bilakah tempoh masa baki bayaran royalti kepada Terengganu akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Tak tahulah ada balance ke tak ada balance. Yang nak bagi itu kita bagilah,” jelasnya.

Setelah diminta penjelasan oleh wartawan bilakah bayaran royalti seterusnya akan dibayar, beliau berkata royalti itu akan dibayar setelah Kerajaan Pusat ada duit.

“Bila ada duit bayarlah,” ujarnya sambil tersenyum kepada wakil media sebelum meninggalkan majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 7/1/2019

- Advertisement -