Petrol: Terima kasih, tingkat kawalan

- Advertisement -

SAYA merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan yang telah mengumumkan harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi tempoh 5 hingga 11 Januari ini masing-masing RM1.93, RM2.23 dan RM2.04 seliter pada petang ini walaupun sebelum ini pengguna dijanjikan dengan harga yang lebih rendah iaitu RM1.91 bagi RON95.

- Advertisement -

Margin Pengusaha Stesen Minyak yang diselaraskan kepada 15 sen bagi petrol 10 sen bagi diesel juga diharapkan menjadi penyelesaian menang-menang kepada pengusaha stesen minyak.

Susulan pengapungan semula harga bahan api ini, diharapkan Kerajaan terutamanya KPDNHEP dapat meningkatkan pemantauan, pengawalan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran berada pada paras yang sepatutnya.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
4 Januari 2019 | 27 Rabiulakhir 1440 – HARAKAHDAILY 4/1/2019

- Advertisement -