Amal Drone “Hud Hud” aset terkini JAM P. Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Pulau Pinang melangkah setapak lagi menerusi penggunaan teknologi terkini dalam gerak kerja badan kebajikan beruniform itu.

- Advertisement -

Terbaru, drone udara menjadi satu lagi aset dimiliki yang dimasukkan menjadi sebahagian keperluan dalam operasi-operasi atau aktiviti dilaksana atau dilibatkan JAM.

Menurut Timbalan Pengarah 2 JAM Pulau Pinang, Muhammad Solehin Abu Bakar, kini teknologi tersebut digariskan sebagai antara mekanisma dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) pihaknya.

“Terutama melibatkan usaha atau operasi Pencarian dan Penyelamatan (SAR) mahupun aktiviti yang memerlukan pemantauan udara. Sebab ada ketika, misalnya waktu bencana, kenderaan tidak dapat akses atau masuk ke lokasi.

“Tinjauan atau cerapan maklumat tidak dapat diadakan. Jadi pasukan operasi sukar digerakkan secara jitu dan padu. Ketika inilah drone sangat membantu, menjadi ‘mata’ untuk operasi sama ada melihat kawasan atau mangsa,” terangnya.

Jelas beliau, drone yang dinamakan sebagai “Hud Hud” itu juga sedang ditawarkan secara lebih luas khidmatnya bagi penggunaan untuk mengambil gambar dan video udara bagi pihak memerlukan.

Terangnya, khidmat itu meliputi keperluan individu mahupun komersil bagi kemudahan projek seperti pertanian, pembinaan dan sebagainya di bawah khidmat kendalian petugas terlatih JAM Pulau Pinang.

“Hasil sumbangan nanti sebahagiannya akan digunakan kembali bagi Unit Media JAM Pulau Pinang untuk membeli peralatan-peralatan diperlukan di masa hadapan,” maklumnya.

Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut dan berminat mendapatkan khidmat ‘Amal Drone’ tersebut atau memberikan sumbangan boleh menghubungi beliau di talian 019-425 7462.HARAKAHDAILY 4/1/2019   

Screenshot 20190104 0631072

IMG 20190104 WA0002 

IMG 20190104 WA0001

 

- Advertisement -