2019: Ceria anak-anak, muram buat ibu bapa

- Advertisement -

TAHUN 2019 membuka tirai sesi persekolahan pada hari ini. Sudah pasti anak-anak penuh keceriaan menyambutnya. Bukan hanya pada hari pertama ini, bahkan seawal hari pendaftaran dan hari terbuka sekolah lagi di akhir bulan Disember telah menunjukkan reaksi ‘excited’ yang luar biasa bagi melangkah kaki ke sekolah. Keceriaan anak-anak akan disambut dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang dari para Guru PASTI dan SRITI.

- Advertisement -

Manakala ibu bapa pula saya yakin sedikit sebanyak terkesan dengan kemelut kos sara hidup yang tinggi. Rata-rata merasai bebanan yang ditanggung apatah lagi di awal tahun ini dengan urusan yuran dan persiapan anak-anak ke sekolah. Pasangan muda yang mempunyai 3 ke 4 orang anak sudah pasti bergelut memikirkan bajet untuk kesempurnaan kehidupan berjalan dengan baik bagi tahun 2019 ini. Kemuraman kehadiran tahun 2019 perlu disingkirkan dengan bangkit memperjuangkannya dan diceriakan dengan gelagat anak-anak.

Justeru, mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor mendoakan agar keceriaan anak-anak PASTI, SRITI dan keseluruhannya di sekolah-sekolah lain dapat berkekalan dan pertingkatkan. Manakala kemuraman ibu bapa dapat ditamatkan dengan sama-sama bangkit menyusun langkah memperjuangkan hak rakyat dan memastikan derita rakyat dinokhtahkan sesegera mungkin.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
25 Rabiul Akhir 1440H | 2 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 2/1/2019

 FB IMG 1546396808745

- Advertisement -