Kita, dia dan masalah

- Advertisement -

BEN SINGH DAP berkata kepada Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) “You know what’s the problem with you? Because you follow the Quran“.

- Advertisement -

Masalah kita berlainan tapi sebabnya sama iaitu al-Qur’an.

Bila kami ikut al-Qur’an kamu kata kami bermasalah sedangkan bagi kami kamulah yang bermasalah kerana tidak mengikuti al-Qur’an.

Al-Qur’an menjadikan kamu selamanya bermasalah sedang bagi kami ketiadaan al-Qur’an akan menyebabkan selamanya kami bermasalah.

Masalah kamu ialah kamu membenci orang yang mengikuti al-Qur’an, masalah kami pula ialah kami dibenci oleh kamu kerana kami mengikuti al-Qur’an.

Kalau sekiranya kamu tidak bermasalah dengan kami yang mengikuti al-Qur’an, maka selamanya kami dan kamu tidak bermasalah.

Kalau kamu minta kami tinggalkan al-Qur’an yang kamu anggap masalah, tidak mungkin kami meninggalkannya, kerana meninggalkannya akan mendatangkan masalah pula bagi kami.

Jika ketegasan kami untuk mengikuti al-Qur’an tetap kamu anggap menjadi masalah bagi kamu, maka tiada apa yang kita perolehi melainkan antara kita ‘selamanya akan bermasalah’.

Biarlah kamu dengan masalah kamu sehingga datang kepada kamu masalah demi masalah, kami tetap tenang kerana kami tidak pernah bermasalah dengan al-Qur’an yang telah mengeluarkan kami dari sebarang masalah.

Catatan
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR – HARAKAHDAILY 30/12/2018

 

- Advertisement -