Derita Rakyat: Jom sertai Hit & Run!

- Advertisement -

DERITA rakyat tidak berkesudahan. Tahun 2019 bakal menjelang menyaksikan kehidupan rakyat terus berada dalam penderitaan. Siapa boleh menafikannya. Semua peringkat dan di semua segmen kehidupan rakyat perit dan derita mengharungi hari-hari mendatang.

- Advertisement -

Anak muda tertekan dengan bebanan yuran pengajian bilamana isu PTPTN hanya tinggal kenangan. Yuran dan kelengkapan sekolah anak-anak bagi pasangan muda menghantui mereka di awal tahun ini. Mereka yang hidup di bandar berada dalam keadaan status quo iaitu kekal sebagai miskin bandar atau “mengemis di kota metropolitan”. Mereka yang ada di kampung seakan tidak dipedulikan suara mereka. Suara penoreh getah, nelayan, pekebun kelapa sawit dan lain-lain menerima hasil usaha dan perit jerih yang tidak setimpal.

Inilah realitinya. Mereka yang memperjuangkannya sebelum ini diam seribu bahasa, menikus di dalam tebukan labu kekenyangan. Apa yang diperjuangkan selama ini sekadar lakonan dan sandiwara dan hakikatnya rakyat terus menderita.

Justeru, Pemuda PAS akan menganjurkan Hit & Run Mega Derita Rakyat di Kompleks beli belah SOGO pada malam Tahun Baharu 2019 bagi mengajak rakyat bangkit untuk menyuarakan keperitan ini. Suara-suara yang digabungkan ini membuktikan bahawa penderitaan ini mesti dihentikan.

“Derita Rakyat”
“4Rakyat”
“Save Ummah”

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor  
22 Rabiul Akhir 1440H | 30 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 30/12/2018

 FB IMG 1546141973190

- Advertisement -